ROSWELL (New Mexico): Atlit ekstrem dari Austria, Felix Baumgartner selamat di bumi selepas melakukan terjunan sejauh 38.6 dari ruang angkasa, sekali gus mencatat rekod dunia sebagai penerjun udara pertama melepasi kelajuan bunyi.
Sebaik kejayaan itu, Persekutuan Sukan Udara Antarabangsa mengiktiraf catatan terjunan Baumgartner yang melepasi kelajuan maksimum 1,342 kilometer sejam sebelum mendarat di gurun New Mexico.
Sebaik mendarat, beliau mengangkat tangannya dengan diraikan rakan dan peminatnnya dari pusat kawalan misi di Roswell.
Ia adalah terjunan dari paras paling tinggi bagi seseorang penerjun udara.
Baumgartner berkata, melakukan terjunan dengan kelajuan menyamai bunyi adalah 'amat sukar untuk digambarkan dengan kata-kata kerana anda tidak merasainya.'
"Tanpa mempunyai sesuatu penunjuk, anda tidak tahu berapa laju anda terjun," katanya. - AP
Lagi Gambarnya Dibawah:
No comments:
Post a Comment