PETUA MENGHANGATKAN
PERKAHWINAN ANDA
Admin nak berkongsi sesuatu utk yang dah berkahwin Untuk menyemarakkan perkahwinan anda
suami dan isteri seharusnya mencuba petua-petua ini:-
#1: Bisikan kasih sayang sekerap mungkin pada
suami/isteri dengan perkataan "AKU SAYANG PADAMU (I LOVE YOU)" atau
menggunakan kata-kata yang manja yang lain.
#2: Sentuhan sayang pada setiap masa, seperti
mencium pipi atau dahi sebelum meninggalkan rumah atau berpisah
seketika.
#3: Beri hadiah dan beri penghargaan pada
hari-hari istimewa seperti hari lahir atau hari ulang tahun pertemuan,
perkahwinan atau apa sahaja hari istimewanya atau hari istimewa bagi
anda
berdua.
#4: Sentiasa memberi jelingan manja ketika
berdua-duaan dan senyuman mesra ketika bersama keluarga.
#5: Penuhi
hari-hari anda berdua dengan gurauan
dan kemesraan dengan si dia sehingga si dia merasakan dirinya
benar-benar yang
istimewa bagi anda.
#6: Jujur dan ikhlas dalam apa jua yang dilakukan
sama ada perkara yang anda suka atau sebaliknya.
#7: Berbincang dan bekerjasama dalam apa jua yang
dilakukan.
#8: Terokai 99 titik geli isteri, seperti
telinga, leher, dada, pinggang, paha dan lain-lain lagi. Seorang
lelaki/suami
haruslah mengetahui 99 titik ini.
#9: Berbual mesra, berdua-duaan dan luahkan rasa
tidak puas hati dengan penuh diplomasi. Jangan sehingga si dia
merasakan
teguran anda menghina dirinya.
#10: Sajikan makanan dan minuman kegemarannya.
Tunjukkan kemahiran anda memasak sehingga membuatkan dia tidak
berselera untuk
makan di luar.
#11: Jadikan model untuk ikutan pasangan lain,
sehingga si dia merasakan dirinya beruntung memiliki anda.
#12: Nyanyikan
lagu kegemarannya. Ciptakan puisi
untuknya.
#13: Bersamalah ke majlis keilmuan, sosial atau
bersukan sambil berkenalan dengan kawan-kawannya. Tetapi haruslah
menjaga
imejnya dihadapan kawan-kawannya.
#14: Berikan urutan jari-jemari sehingga 10 minit
setiap hari, tanpa dipintanya untuk melakukannya.
#15: Bertanyalah pada pasangan anda,
perkara-perkara yang disukainya atau / dan perkara yang
dibencinya / mendukacitakannya.
#16: Bebaskan tempat tidur dari gelanggang
pergaduhan.
#17: Jangan berleter, tetapi cuba bersikap
tenang. Sabar dalam satu-satu tindakan yang memeningkan kepala anda.
#18: Selalulah bersembahyang berjemaah
sekurang-kurangnya sekali sehari bersamanya.
#19: Lakukan
berbulan madu setiap tahun ke tempat
yang menjadi kesukaan anda/si dia atau tempat yang pernah mencipta
kenangan
yang indah antara anda berdua.
#20: Selalulah tanamkan dalam diri anda bahawa
perkahwinan anda adalah untuk seumur hidup dan bukannya sehari dua.
#21: Bentengkan perasaan cemburu dari mengetuk
pintu hati anda/si dia. Jika timbul juga, cuba nyatakan/jelaskan
padanya
dengan baik.
#22: Jangan abaikan tanggungjawab dan amanah yang
diberikan oleh pasangan anda.
#23: Senaraikan keharmonian, kehangatan setiap
masa seperti hari pertama anda mengenali pasangan anda. Sesekali
cerikan
padanya supaya si dia turut mengingatinya bersama anda.
#24: Bersyukurlah dengan apa yang anda perolehi
dengan menunjukkan rasa penuh kepuasan. Jangan memperkecilkannya dan
membandingkan pemberian si dia.
#25: Sentiasa
inginkan perubahan positif yang
meliputi kehidupan seharian.
#26: Jadikan keluarga anda seperti jutawan yang
hebat. (Bukan sahaja di dunia malah di akhirat).
#27: Usap dan kucup dahi pasangan anda sambil
mengucapkan "TERIMA KASIH" setiap kali dia memberi sesuatu atau
melayan anda dengan baik.
#28: Tamatkan perbualan harian sebelum masuk
tidur.
#29: Adakan kesempatan memberi 'suprise' atau
kelainan kepada pasangan anda.
#30: Ghairahkan keseronokan seksual, adunkan
dengan resepi dan kaedah yang digemarinya. Seorang isteri seharusnya
tahu
bentuk seks yang diingininya. Jangan biarkan fikirannya menerawang
entah
kemana. Contohnya kebimbangan terhadap mengandung. Tetaplah berbincang
dengan
suami apakah kaedah yang perlu digunakan.
#31: Ghairahkan seks mental sepertimana ghairahkan
biologikal.
#32: Puji
pasangan anda setiap kali sesuatu yang
baik dihasilkan.
#33: Bantulah pasangan melakukan kerja di rumah
jika ada waktu kelapangan.
#34: Tunjukkan sesuatu kebolehan dan kemahiran
yang luar biasa anda kepada pasangan anda yang selama ini tidak
disedarinya.
#35: Jangan memperkecilkan pendapat dan
perbuatannya. Sentiasalah mendengar idea-idea pasangan anda dengan
teliti
sebelum membuat keputusan.
#36: Tunjukkan minat anda dengan
penuh kesabaran
dan cuba
belajar menyukai apa yang pasangan anda sukai.
#37: Berkomunikasilah secara yang berkesan, jelas
dan jujur.
#38: Jangan menghancurkan sesuatu kepercayaan yang
diberikan si dia kepada anda.
#39: Bermurahlah
dengan kemaafan. Jangan
sekali-kali berdendam atau membalas kesilapan yang dilakukannya.
Anggaplah
setiap manusia pasti pernah melakukan kesilapan.
#40: Pimpin
dan genggam tangan pasangan anda
dengan erat walaupun di hadapan anak-anak atau ahli keluarga yang lain.
No comments:
Post a Comment