Sape yang penah tengok filem Black Hawk Down,
ni lah kisah yang sebenarnya bukan macam yang diceritakan oleh US tu.
Cerita mengenai keberanian anggota TD di Somalia saya ambil dari forum Panggilan Pertiwi,
sebuah forum yang didedikasi hanya untuk para patriotik dan pencinta
negara ni dan membincangkan mengenai isu-isu ketenteraan negara ini dan
luar. Yang menceritakan kisah ni adalah seorang bekas sniper, callsignSniper_Gunung.
Pada
17/7/94 jam selepas isyak Ssjn Azman baru beli camera dari PX tentera
asing lalu memanggil kami semua untuk bergambar. Selesai bergambar
beliau berkata esok nak berjalan jauh. Berjalan jauh itu bermaksud ada
misi sulit untuk mengambil source di RV dan terus ke airport dan selesai
hantar source ke RV berlainan. Tim kami pada masa itu bertugas di
bahagian U2 iaitu Unit Risik dan keselamatan UNOSOM. Selesai bergambar
Sjn Zaidi ada mengajak saya untuk ikut sekali konvoi mereka kalau mahu.
Saya terpaksa menolak kerana pada hari kejadian Tim sniper deploy ke
hide kami di K4 berdekatan pasar Bakara. Jadi yang pergi pada esok
harinya adalah PWII Mohamad, Ssjn Azman, Sjn Zaidi, Kpl Ahmad, Lkpl
Ganie dan ada berberapa lagi anggota yang saya tak ingat nama mereka.
Pada
jam 0400hrs tim saya bergerak ke kawasan hide kami saya ambil kedudukan
di atas kilang sabun empat tingkat. Saya dan spotter saya Hasmizi
Lonjong pun buat pemerhatian terperinci dan kasar. ROE sasaran kami
adalah Militia yang membawa RPG, senjata peluru berantai dan pengendali
Teknikal (4X4 yang ada mounted HMG).Dari pagi hingga petang tak ada
rezeki. Pada petang itu ada NGO dapat memintas channel freq radio saya
dan memberitahu ada tentera asing diserang hendap dan ada 2 kia termasuk
wia. Kesemua mereka ditahan oleh Militia. Bila dia sebut tentera asing
saya tak endahkan. Selang 20 minit saluran radio saya menjadi sibuk,
kesemua panggilan dari markas Malbatt. Mereka memberi arahan untuk
standby untuk pergi bertempur di pasar bakara. Saya tanya pasal apa dan
mereka beritahu konvoi kita kena ambush. Tersentak saya kerana berita
yang saya terima dari NGO tu kawan saya. Apa yang saya diberitahu kita
punya panglima, General Aboo Samah warning General Farah Aidid kalau tak
bagi tentera kita yang cedera dan yang mati bakara market akan hancur
sekali lagi. Tempohnya pukul 2359hrs. Lebihkurang jam 2330hrs saya
diarahkan turun ke RV untuk pergi ke kawasan dimana anggota tentera kita
yang kena ambush akan di serah. Saya diberitahu oleh kawan-kawan saya
bahawa di Markas Malbatt satu battalion kita tengah standby untuk
bertempur. Tempat serahan dari RV tak jauh, ada militia tunggu dengan
senjata AK47 mengarahkan kami ikut mereka dengan senjata ditinggalkan
Sampai lighter Zippo saya pun disuruh tinggal. Katanya senjata boleh
membakar. Apabila sampai ke lokasi saya tengok 2 mayat diatas tilam
nipis dan yang cedera hanya dirawat dengan balutan kain lusuh sahaja.
Ketua Militia Kol. Abdullahi meminta maaf dan mengatakan bukan kumpulan
beliau punya angkara. Kami seramai sepuluh anggota pun mengangkat mayat
dan yang cedera ke markas UN di KM4. Sesampai di sana saya pun memeriksa
anggota yang tercedera yang parah iaitu Sjn. Zaidi. Dua biji peluru
AK47 menembusi ponggong beliau. Saya dan anggota Medic Kpl ??? pun cuba
tengok bahagian depan badan Sjn Zaidi peluru tak tembus dan darah
memancut keluar. Anggota medic pun apa lagi cucuk morhpin. Selang
berberapa minit Sjn Zaidi menangis terisak-isak lalu saya bertanya
mengapa sjn? Dalam khayal beliau beritahu “diorang tembak Ganie
hidup-hidup. Diaorang kepung Ganie minta serah senjata tapi Ganie
melawan dan yang dibelakang terus tembak pointblank dari arah belakang
kepala 3 das dan bersepai muka Ganie. Yang cedera ada seorang tentera
Italy yang ikut konvoi berkenaan. Selesai saya beri bantuan pada yang
cedera saya pun pergi ke mayat Ssjn Azman dan saya tengok tangan nya ada
kesan tembakan. Saya pun terpikir tak kan luka tangan boleh mati. Saya
terus tanggalkan helmet kevlar beliau barulah saya tengok kesan lubang
peluru di atas dahi beliau. Rupanya sniper somali tembak tepat. Tembakan
pertama kena tangan, ubah tenangan bull dahi. Saya pun keluar sekejap
untuk ambil angin. Sedang saya berdiri ada seorang budak India(Nama tak
ingat) junior banyak dari saya memeluk saya sambil menangis terisak-isak
sambil berkata “Bang diorang dah bunuh kawan kita”. Apabila anggota
lain melihat gelagat Budak India ni ramai yang menangis. Dimasa yang
sama saya lihat Kapt. Rizan (sekarang Kol) pergi belakang bangunan dan
menangis. saya pun memujuk dia dengan mengatakan dah ajal mereka.
Pada
kesokan harinya kami bergerak balik ke Markas. Pada hari untuk
menghantar Jenazah pulang ke Malaysia satu perbarisan terdiri dari semua
tentera yang bertugas di Somalia diadakan. Apabila Keranda Diusung naik
Kapalterbang saya tengok barisan kontijen Malbatt bergerak-gerak,
mengapa? Rupanya sambil salute mereka menangis. Dihati saya pun
berdetik, bagi kaum wanita yang menjadi tentera pernah berkata ‘apa yang
lelaki boleh buat kami pun boleh buat’. Mustahil, kami ni yang hardcore
pun menangis apatah lagi mereka kaum hawa. Kejadian tersebut terjadi
kerana kesilapan tentera kita kerana didalam pelajaran apabila kita
pergi dengan route yang dah dikenalpasti apabila pulang mesti laluan
yang lain. Tetapi kerana dah ajal, pada hari kejadian mereka pulang ikut
jalan yang sama.
Cpl.
Mat Aznan 2nd from the right who died from a direct hit at his head by
RPG. May God bless his soul. This is prior the deployment of 19th RAMD
to Somalia. Semoga Allah cucuri rahmat ke atas dia.
Tim sniper Malaysia. Salah seorang dari tu adalah Sniper_Gunung.
Gambar
terbaru menunjukkan kenderaan perisai (APC – Armoured Personal Carrier)
Condor tentera Malaysia yang musnah akibat terkena bedilan RPG dari
pemberontak Somali semasa peristiwa di PASAR BUKHARA di kawasan
pembuangan sampah di salah sebuah kampung di Mogadishu, Somalia.
No comments:
Post a Comment