Sejarah Malaysia dikatakan bermula pada
zaman Kesultanan Melayu Melaka iaitu sekitar tahun 1400 Masihi. Pada
masa kegemilangannya, wilayah kesultanan ini meliputi sebahagian besar
Semenanjung dan Pantai Timur Sumatera. Melaka muncul sebagai sebuah
kerajaan yang gemilang kerana kedudukannya yang strategik iaitu titik
pertemuan antara Asia Timur dengan Asia Barat. Keadaan ini membolehkan
Melaka muncul sebagai pusat perdagangan utama khususnya bagi perdagangan
rempah di Asia Tenggara. Islam pula muncul sebagai agama utama yang
tersebar dan menjadi anutan utama penduduk Melaka kerana rajanya sendiri
telah memeluk agama tersebut.
Pada tahun 1511, Melaka jatuh ke tangan
Portugis dan bermula daripada tahun inilah Tanah Melayu berada dalam era
penjajahan. Selepas itu, Tanah Melayu jatuh ke tangan Belanda pada
tahun 1641 dan akhirnya jatuh pula ke tangan British pada tahun 1824
melalui Perjanjian Inggeris-Belanda. Penjajahan British merupakan
penjajahan paling lama. British telah mencampuri semua urusan
pentadbiran Tanah Melayu yang sebelum ini diuruskan oleh Raja-Raja
Melayu dengan bantuan pembesar-pembesar negeri. Campur tangan British
ini telah menimbulkan rasa tidak puas hati dalam kalangan penduduk
tempatan.
Beberapa individu bangkit menentang
penjajah namun oleh kerana usaha mereka lebih kepada bersifat
perseorangan maka penentangan tersebut dengan mudah dipatahkan oleh
British. Antara tokohyang bangun menentang penjajah ialah Dol Said, Tok
Janggut, Datuk Bahaman, Rentap, Datuk Maharajalela, Rosli Dobi dan
beberapa tokoh yang lain.
Semangat Nasionalisme
Pada era 1920-an dan 1930-an, ramai
penduduk Tanah Melayu mula mendapat pendidikan, sama ada dari Timur
Tengah atau pendidikan tempatan. Hasilnya, Rahman telah memberi sinar
Melayu mentadbir sendiri negaranya” muncullah golongan berpendidikan
yang mula memperjuangkan semangat nasionalisme. Mereka menggunakan media
seperti akhbar dan majalah untuk menyebarkan ideologi masing-masing.
Ada dalam kalangan mereka telah membentuk persatuan seperti Kesatuan
Melayu Muda (KMM) dan Kesatuan Melayu Singapura (KMS) yang bermatlamat
mengusir penjajah dan membentuk kerajaan
sendiri.
sendiri.
Ketika rakyat negara ini begitu
bersemangat untuk menamatkan penjajahan, mereka dikejutkan dengan
pendaratan Jepun pada penghujung tahun 1941 yang menandakan bermulanya
satu lagi era penjajahan di Tanah Melayu. Jepun telah menduduki Tanah
Melayu sehingga tahun 1945 sebelum menyerah kalah ekoran pengeboman
Hiroshima dan Nagasaki.
Pengunduran Jepun telah memberi ruang
kepada Parti Komunis Malaya (PKM) untuk menguasai Tanah Melayu. PKM
telah bertindak ganas dengan membunuh dan memusnahkan harta benda awam
dengan sewenangnya sehingga memaksa British mengisytiharkan darurat di
Tanah Melayu (1948-1960).
Keganasan PKM tidak berjaya menakluki
Tanah Melayu dan British kembali berkuasa. Sekembalinya British selepas
pendudukan Jepun, mereka cuba memperkenalkan Malayan Union. Pengenalan
ini telah mendapat tentangan yang hebat dan menyeluruh daripada penduduk
tempatan. Pada 11 Mei 1946, penubuhan UMNO telah menyemarakkan lagi
penentangan tersebut dan seterusnya menyemai bibit-bibit perjuangan ke
arah berkerajaan sendiri.
Tanggal 31 Ogos 1957 Tanah Melayu mencapai kemerdekaannya
Kemerdekaan Tanah Melayu
Kemunculan Tunku Abdul Rahman telah
memberi sinar harapan kepada perjuangan penduduk Tanah Melayu ketika itu
apabila tindakannya membentuk Parti Perikatan mula membuka mata British
untuk membenarkan pendudukan Tanah Melayu mentadbir sendiri negaranya.
Perpaduan antara tiga kaum utama iaitu Melayu, Cina dan India telah
menampakkan hasil apabila Perjanjian London yang ditandatangani pada 8
Februari 1956 telah memberi petanda bahawa Tanah Melayu akan merdeka
pada 31 Ogos 1957.
Setelah kemerdekaan dicapai, timbul pula masalah berhubung dengan penubuhan Malaysia yang menggabungkan Sabah, Sarawak dan Singapura. Penentangan terhadap penyatuan ini datang daripada Parti Rakyat Brunei, Indonesia dan Filipina. Walau bagaimanapun hasrat untuk membentuk sebuah negara yang dinamakan MALAYSIA tercapai pada 16 September 1963.
Setelah kemerdekaan dicapai, timbul pula masalah berhubung dengan penubuhan Malaysia yang menggabungkan Sabah, Sarawak dan Singapura. Penentangan terhadap penyatuan ini datang daripada Parti Rakyat Brunei, Indonesia dan Filipina. Walau bagaimanapun hasrat untuk membentuk sebuah negara yang dinamakan MALAYSIA tercapai pada 16 September 1963.
No comments:
Post a Comment