Ibnu Qoyyim rohimahullah dalam kitab Tafsir Surat Muawwadzatain berkata,
“Bahaya dari pandangan mata dapat terjadi ketika seseorang yang
berhadapan langsung dengan sasarannya. Sasaran tukang pandang
kadang-kala boleh mengenai sesuatu yang tidak patut didengki, seperti
benda, haiwan, tanaman, dan harta. Dan kadang-kala pandangan matanya
dapat mengenai sasaran hanya dengan pandangan yang tajam dan pandangan
kekaguman.” Pengaruh daripada bahaya pandangan mata pun hampir mengenai
Rasulullah s.a.w. sebagaimana firman-Nya:,
“Sesungguhnya
orang-orang kafir itu benar-benar hampir menggelincirkan kamu dengan
pandangan mereka, tatkala mereka mendengar al Qur’an dan mereka
mengatakan "Sesungguhnya dia (Muhammad) benar-benar gila.” (Al Qalam
(68): 51)
Terdapat pula hadis dari Ibnu Abbas bahawasanya Rasulullah s.a.w. bersabda:
“Pengaruh
‘ain itu benar-benar ada, seandainya ada sesuatu yang boleh mendahului
takdir, ‘ainlah yang dapat melakukannya.” (HR. Muslim)
Subhanallah,
lihatlah bagaimana bahaya ‘ain telah dijelaskan dalam Al-Qur’an dan As
Sunnah. Dan terdapat pula contoh-contoh pengaruh buruk ‘ain yang terjadi
pada masa sahabat. Salah satunya adalah yang terjadi pada Sahl bin
Hunaif yang terkena ‘ain bukan kerana rasa dengki namun kerana rasa
takjub.
Sebagaimana dalam hadis: Dari Abu Umamah bin Sahl bin
Hunaif menyebutkan bahawa Amir bin Rabi’ah pernah melihat Sahl bin
Hunaif mandi lalu berkatalah Amir, “Demi Allah, Aku tidak pernah melihat
(pemandangan) seperti hari ini, dan tidak pernah kulihat kulit yang
tersimpan sebagus ini.” Berkata Abu Umamamh, “Maka terpelantinglah
Sahl.”
Kemudian Rasulullah s.a.w mendatangi Amir. Dengan marah
beliau berkata, “Atas dasar apa kalian mau membunuh saudaranya? Mengapa
engkau tidak memohonkan keberkahan (kepada yang kau lihat)? Mandilah
untuknya!” Maksudnya Nabi menyuruh Amir berwudhu kemudian diambil bekas
air wudhunya untuk disiramkan kepada Sahl dan ini adalah salah satu cara
pengubatan orang yang tertimpa ‘ain bila diketahui pelaku ‘ain tersebut
(*). Maka Amir mandi dengan menggunakan satu bekas air. Dia mencuci
wajah, kedua tangan, kedua siku, kedua lutut, hujung-hujung kakinya dan
bahagian dalam sarungnya. Kemudian air bekas mandinya itu dituangkan
kepada Sahl, lantas dia sedar dan berlalulah bersama manusia.” -(HR.
Malik dalam al Muwaththa 2/938, Ibnu Majah 3509, dishahihkan oleh Ibnu
Hibban 1424. sanadnya shahih, para perawinya terpercaya, lihat Zaadul
Ma’ad tahqiq Syu’aib al Arnauth dan Abdul Qadir al Arnauth 4/150 cetakan
tahun 1424 H. Lihat majalah Al Furqon).
(*) Kata mandi yang ada
di sini maksudnya adalah berwudhu sebagaimana disebutkan Imam Malik
dalam kitab Al Muwattho. Wallahu a’lam.
Tanda-Tanda Terkena ‘Ain (Sihir Mata)
Tanda-tanda
anak yang terkena ‘ain di antaranya adalah menangis secara tidak wajar
(bukan kerana lapar, sakit ), kejang-kejang tanpa sebab yang jelas,
tidak mahu menyusu pada ibunya tanpa sebab, atau keadaan tubuh si anak
kurus kering dan tanda-tanda yang tidak wajar lainnya.
Sebagaimana
dalam hadis dari Amrah dari ‘Aisyah r.a., ia berkata, “Pada suatu
ketika Nabi s.a.w. masuk rumah. Tiba-tiba beliau mendengar anak kecil
menangis, lalu beliau berkata, “Kenapa anak kecilmu ini menangis?
Tidakkah kamu mencari orang yang boleh mengubati dia daripada penyakit
‘ain?” -(HR. Ahmad, Baqi Musnadil Anshar. 33304).
Begitu pula
hadis Jabir r.a. bahawa Rasulullah s.a.w. berkata kepada Asma’ binti
Umais, “Mengapa aku lihat badan anak-anak saudaraku ini kurus kering?
Apakah mereka kelaparan?” Asma menjawab, “Tidak, akan tetapi mereka
tertimpa ‘ain”. Beliau berkata, “Kalau begitu bacakan ruqyah bagi
mereka!” -(HR. Muslim, Ahmad dan Baihaqi)
Berlindung dari Bahaya ‘Ain
Sesungguhnya
syari’at Islam adalah sempurna. Setiap hal yang mendatangkan bahaya
bagi umatnya, maka Rasulullah s.a.w. tentu telah menjelaskan tentang
perkara tersebut dan cara-cara mengatasinya. Begitu pula dengan bahaya
‘ain ini.
1. Bagi Seseorang yang Memungkinkan Memberi Pengaruh ‘Ain
Berdasarkan
hadis Abu Umamah di atas, maka hendaklah seseorang yang mengagumi
sesuatu dari saudaranya, maka yang baik adalah mendoakan keberkahan
baginya. Dan berdasarkan surat Al Kahfi ayat 39, maka ketika takjub akan
sesuatu kita juga dapat mengucapkan doa:
Ertinya:
“Sungguh atas kehendak Allah-lah semua ini terwujud.”
2. Bagi yang Memungkinkan Terkena ‘Ain
Sesungguhnya
‘ain terjadi kerana ada pandangan. Maka hendaknya orang tua tidak
berlebihan dalam membanggakan anaknya kerana dapat menimbulkan dengki
ataupun kekaguman pada yang mendengar dan kemudian memandang si anak.
Adapun jika memang kenikmatan itu adalah sesuatu yang memang telah
nampak baik dari kepintaran si anak, fiziknya yang "masyaAllah", maka
hendaknya orang tua mendoakan dengan doa-doa, dzikir dan ta’awudz yang
telah diajarkan Nabi s.a.w., diantaranya adalah surah Muawadzatain
(surah An-Nas dan Al-Falaq). Ada pula do’a yang biasa diucapkan Nabi
s.a.w. untuk meminta perlindungan untuk Hasan dan Husain, yaitu:
“Aku
berlindung dengan kalimat-kalimat Allah yang telah sempurna dari godaan
syaitan, binatang beracun dan dari pengaruh ‘ain yang buruk.” (HR.
al-Bukhari dalam kitab Ahaditsul Anbiya’: 3120)
Atau dengan doa,
“Aku berlindung dengan kalimat-kalimat Allah yang telah sempurna dari kejahatan makhluk-Nya.” (HR. Muslim 6818).
Kemudian,
terdapat pula do’a yang dibacakan oleh malaikat Jibril alaihissalam
ketika Nabi s.a.w. mendapat gangguan syaitan, yaitu:
“Dengan
menyebut nama Allah, aku membacakan ruqyah untukmu dari segala sesuatu
yang menganggumu dari kejahatan setiap jiwa dan pengaruh ‘ain. Semoga
Allah menyembuhkanmu.”
Dan terdapat do’a-do’a lain yang dapat
dibacakan kepada si anak untuk menjaganya dari bahaya ‘ain ataupun
menyembuhkannya ketika telah terkena ‘ain. (lihat Hisnul Muslim oleh DR.
Sa’id bin Ali bin Wahf Al Qahthani atau Ad Du’a min Al Kitab wa As
Sunnah yang telah diterjemahkan dengan judul Doa-doa Dan Ruqyah dari
Al-Qur’an dan Sunnah oleh DR. Sa’id bin Ali bin Wahf Al Qahthani)
Kesalahan-Kesalahan Dalam Penjagaan dari Bahaya ‘Ain atau Sejenisnya
Memang bayi selalu terdedah kepada bahaya ‘ain ataupun gangguan syaitan lainnya.
Terdapat
beberapa kesalahan yang biasa terjadi dalam menjaga anak dari gangguan
tersebut kerana tidak berdasarkan pada nash syari’at. Diantara
kesalahan-kesalahan tersebut adalah:
1.Meletakkan gunting di
bawah bantal si bayi dengan keyakinan itu akan menjaganya. Sungguh ini
termasuk kesyirikan kerana menggantungkan sesuatu pada yang tidak dapat
memberi manfaat atau menolak bahaya.
2.Mengalungkan anak dengan
azimat, tangkal dan sebagainya. Ini juga termasuk perbuatan syirik dan
hanya akan melemahkan si anak dan orang tua kerana berlindung pada
sesuatu selain Allah SWT.
Perlulah kita selalu mengingat, bahawa
sekalipun kita mengetahui bahaya ‘ain memiliki pengaruh besar dan
berbahaya, namun tidaklah semua dapat terjadi kecuali dengan izin Allah
SWT. Dan kita sebagai orang Islam tidaklah berlebihan dalam segala
sesuatu.
Termasuk dalam masalah ‘ain ini, maka seseorang tidak
boleh berlebihan dengan menganggap semua kejadian buruk berasal dari
‘ain, dan juga tidak boleh seseorang menganggap remeh dengan tidak
mempercayai adanya pengaruh ‘ain sama sekali dengan menganggapnya tidak
masuk akal. Ini termasuk pengingkaran terhadap hadis-hadis shahih Nabi
s.a.w.
Sikap yang terbaik bagi seorang muslim adalah berada di
pertengahan, yaitu mempercayai pengaruh buruk ‘ain dengan tidak
berlebihan sesuai dengan apa yang dikhabarkan Nabi Muhammad s.a.w.
Wallahu a’lam.
Maraji’:
1.Majalah Al Furqon edisi 4 Tahun V/Dzulqo’dah 1426.
2.Doa-Doa dan Ruqyah dari Al Qur’an dan Sunnah. Sa’id bin ‘Ali bin Wahf Al Qahthani. Media Hidayah. 2004.
3.Tafsir Surah Muawwadzatain. Imam Ibnu Qoyyim Al Jauziyah. Akbar. 2002.
4.Tumbuh di Bawah Naungan Ilahi. Syaikh Jamal Abdul Rahman. Media Hidayah. 2002.
AYAT-AYAT RUQYAH
1. Surah Al-Fatihah (ayat 1 - 7)
2. Surah Al-Baqarah (ayat 1 - 5)
3. Surah Al-Baqarah (ayat 102)
4. Surah Al-Baqarah (ayat 163 - 164)
5. Surah Al-Baqarah (ayat 255 - 257)
6. Surah Al-Baqarah (ayat 285 - 286)
7. Surah Ali-Imran (ayat 18 - 19)
8. Surah Al-A'raf (ayat 54 - 56)
9. Surah Al-A'raf (ayat 117 - 122)
10. Surah Yunus (ayat 81 - 82)
11. Surah Taha (ayat 69)
12. Surah Al-Mukminun (ayat 115 - 118)
13. Surah As-Soffat (ayat 1 - 10)
14. Surah Al-Ahqaf (ayat 29 - 32)
15. Surah Ar-Rahman (ayat 33 - 36)
16. Surah Al-Hasyr (ayat 21 - 24)
17. Surah Al-Jin (ayat 1 - 9)
18. Surah Al-Ikhlas, Surah Al-Falaq, Surah An-Nas
19. Doa Bismillah Ruqyah
Penulis: Ummu Ziyad
Penyemak: Ust. Subhan Khadafi, Lc.
Sumber: http://bliss-infinity.blogspot.com/2009/07/bahaya-ain-sihir-mata-dan-mencegahnya.html
No comments:
Post a Comment