Kita selalu menggunakan komputer dan pada zaman sekarang revolusi komputer berkembang dgn cepat dan pesat. Dari sebesar-besar komputer hingga menjadi sekecil-kecil komputer. Tetapi tahukah anda Siapakah pencipta komputer?.Pencipta
komputer ramai. Mereka telah mencipta berbagai-bagai jenis dan rupa
bentuk komputer sejak berpuluh-puluh tahun yang lalu pada asalnya
komputer adalah alat penghitung yang dinamai abakus ( cepoa atau sempoa
).
Abkus mula muncul 2000-5000 tahun yang lalu. Selepas abakus, banyak lagi alat penghitung telah dicipta di merata dunia. Antaranya termasuklah Napier’s Bonos (1610), Pascaline (1642), Leibnitz Calculating Machine (1671) dan Jacquard’s Loom ( 1790).
Permulaan Komputer
Pada abad ke 19, Charles Babbage telah muncul dengan sebuah model Difference Engine (1922). Kerajaan British kagum dengan ciptaan Babbage dan bersetuju membiayai pembinaan model tersebut Malangnya, Babbage tidak dapat menyiapkan pembinannya kerana terlalu banyak masalah.
Kerajaan British telah menarik balik pembiayaan mereka. Seterusnya Babbage membina sebuah model yang jauh lebih baik iaitu Analytical Engine. Ia mempunyai lima ciri komputer moden.
1. Alat imput
2. Storan untuk menyimpan nombor sebelum diproses
3. Pemproses atau penghitung
4. Unit kawalan untuk melaksanakan tugas dan susunan penghitungan
5. Alat output
Pada masa itu, Augusta Ada Byron, atau The Countess of Lovelace telah membantu menulis arahan untuk digunakan bersama-sama Anaytical Engine. Sumbangannya untuk memperlihatkan bahawa idea teoretikal Babbage dapat dipraktikkan amatlah besar.
Untuk membantu usaha pembancian di Amerika Syarikat pada tahun 1890, sebuah pertandingan telah diadakan untuk mendapatkan alat pembancian yang cekap. Herman Hollerith yang bertugas di Pejabat Pembancian Washington telah mencipta Tabulating Machine.
Pada tahun 1896, Hollerith telah menubuahkan syarikatnya sendiri – Tabulating Machine Company. Syarikat ini kemudiannya bergabung dengan dua buah syarikat lain pada tahun 1924 dengan nama baru, tidak lain tidak bukan, International Business Machines (IBM).
Komputer digit yang pertama telah dibina oleh Howard Aiken dan rakan-rakannya di Harvard University dengan biayaan IBM. Dengan mengkaji nota Lady Lovelace, Aiken membina sebuah komputer berdasarkan prinsip Analyticl Engine. Ciptaan yang dihasilkan – Mark I siap pada tahun 1944 dan merupakan sebuah alat elektromekanikal yang berukuran 55 kaki panjang dan 8 kaki tinggi.
Ia mengandungi 760 000 komponen (suis, tiub dan lain-lain) dan dawai yang panjangnya kira-kira 800 kilometer. Bunyinya amatlah bising. Selepas Mark I, lahir pula komputer elektronik bernama ENIAC (Electronic Numerical Integrator and Calculator) pada tahun 1946.
ENIAC telah digunakan Semasa Perang Dunia Pertama oleh angkatan tentera Amerika. Ia lebih hebat daripada Mark I. ENIAC boleh mencampurkan lima ribu nombor sesaat. ENIAC memerlukan ruang 1500 kaki persegi – sebesar rumah teres. Terdapat 18 ribu tiub vakum.
Dengan tiub vakum, komputer dapat menyimpan dan memproses data secara elektronik. Walau bangaimanapun, penggunaan tiub vakum mendatangkan masalah. Selain memerlukan ruang yang luas, ia terlalu banyak mengeluarkan haba.
ENIAC telah mencipta sejarah baru – ia merupakan pendahulu kepada komputer UNIVAC I (Universal Automatic Coputer). UNIVAC I menandakan permulaan komputer ganerasi pertama. Ia mula dijual pada 14 Jun 1951 kepada Biro Pembancian Amerika Syarikat.
Perkembang PC
1974 : Altair 8800, komputer mikro pertama dicipta oleh Ed Roberts.
1977 : Apple II yang dibangunkan dangan grafik warna oleh Steve Wozniak dan Steve Jobs memasuki pasaran.
1981 : IBM, syarikat komputer terbesar di dunia meperkenalkan PC IBM
1982 : Majalah TIME menamakan komputer sebagai Machine of the year.
1983 : Compq Computer mengeksport komputer mudah alih pertama seberat 28 paun.
1984 : Apple mempermudahkan penggunaan Macintosh dengan menu tarik turun dan icon.
1985 : Microsoft memperkenalkan windows.
1986 : Klon IBM ( PC jenama lain ) memintas PC IBM di pasaran.
1989 : Amerika Online memperkenalkan perkhidmatan perkhidmatan internet bagi Macintosh dan komputer Apple II.
1990 : Tim Bernes Lee membangunkan reka bentuk baru Internet keudian dikenali sebagai World Wide Web.
1993 : Inter memperkenalkan pemproses Pentium dengan kelajuan 60 Mhz.
1996 : Palm Pilot memasuki pasaran.
1999 : Bilangan pegguna internet melepasi 201 juta.
2001 : PC IBM menjangkau usia 20 tahun.
dan sehingga sekarang teknologi komputer berkembang dengan pesatnya.
Antara gambar-gambar komputer terdahulu.

No comments:
Post a Comment