Pages

cxz

Wednesday, 6 February 2013

Kisah Ringkas Nabi Kita Iaitu Nabi Adam A.S

Kisah Nabi Adam A.S

Assalamualaikum 

Nabi Adam A.S. merupakan nabi dan juga manusia pertama yang bergelar khalifah Allah yang dimuliakan dan ditinggikan darjatnya menjadi nabi yang pertama . Baginda diutuskan kepada anak cucunya agar menyembah Allah , Tuhan Yang Maha Esa . Maka di antara mereka ada yang taat dan ada pula yang enggan .

Nabi Adam A.S. pada mulanya ditempatkan di syurga tetapi telah diturunkan ke bumi bersama isterinya , Hawa kerana mengingkari perintah Allah .

Setelah Allah s.w.t. menciptakan bumi , langit , malaikat-malaikatnya ; Allah mahu mencipta pula sejenis makhluk lain yang akan menghuni dan mengisi bumi serta memeliharanya .

Para malaikat ketika dikhabarkan oleh Allah akan kehendak-Nya menciptakan makhluk itu, mereka risau sekiranya kehendak Allah menciptakan makhluk yang lain itu akan menyebabkan kecuaian atau kelalaian mereka dalam ibadah dan menjalankan tugas atau kerana pelanggaran yang mereka lakukan tanpa disedari . Berkata mereka kepada Allah s.w.t. :

"Wahai Tuhan kami ! Untuk apa Tuhan menciptakan makhluk lain selain kami ,padahal kami selalu bertasbih , bertahmid , melakukan ibadah dan mengagungkan nama-Mu tanpa henti-henti , sedangkan makhluk yang Tuhan akan ciptakan dan turunkan ke bumi itu , nescaya akan bertengkar satu dengan lain, akan saling bunuh-membunuh kerana berebut untuk menguasai kekayaan alam yang terlihat di atasnya dan terpendam di dalamnya , sehingga akan terjadilah kerosakan dan kehancuran di atas bumi yang Tuhan ciptakan itu ."

Allah berfirman , menghilangkan kekhuatiran para malaikat itu :

"Aku mengetahui apa yang kamu tidak ketahui dan Aku sendirilah yang mengetahui hikmat penguasaan Bani Adam atas bumi-Ku . Bila Aku telah menciptakannya dan meniupkan roh kepadanya , maka bersujudlah kamu di hadapan makhluk baru itu sebagai penghormatan dan bukan sebagai sujud ibadah , kerana Allah s.w.t. melarang hamba-Nya beribadah kepada sesama makhluk-Nya ." [Al-Baqarah 2:30]

Kemudian , diciptakanlah Adam oleh Allah s.w.t. dari segumpal tanah liat yang kering dan lumpur hitam yang berbentuk . Setelah disempurnakan bentuknya ditiupkanlah roh ciptaan Tuhan ke dalamnya dan berdirilah ia tegak menjadi manusia yang sempurna . 

Adam diberi tempat oleh Allah di syurga dan baginya diciptakanlah Hawa untuk mendampinginya dan menjadi teman hidupnya , menghilangkan rasa kesepiannya dan melengkapi keperluan fitrahnya untuk mengembangkan keturunannya. Menurut cerita para ulama , Hawa diciptakan oleh Allah dari salah satu tulang rusuk Adam yang disebelah kiri pada waktu baginda masih tidur sehingga ketika baginda terjaga , baginda melihat Hawa sudah berada di sisinya . Lalu baginda disoal oleh malaikat :"Wahai Adam ! Apa dan siapakah makhluk yang berada di sampingmu itu ?"

Berkatalah Adam : "Seorang perempuan . "Sesuai dengan fitrah yang telah diilhamkan oleh Allah kepadanya . "Siapa namanya ? "tanya malaikat lagi ." Hawa" ,jawab Adam . "Untuk apa Tuhan menciptakan makhluk ini ? " , tanya malaikat lagi. Adam menjawab : "Untuk mendampingiku , memberi kebahagian kepadaku dan mengisi keperluan hidupku sesuai dengan kehendak Allah ."

Allah berpesan kepada Adam : "Tinggallah engkau bersama isterimu di syurga , rasakanlah kenikmatan yang berlimpah-limpah didalamnya , rasailah dan makanlah buah-buahan yang lazat yang terdapat di dalamnya sepuas hatimu dan nafsumu . Kamu tidak akan mengalami atau merasa lapar ,dahaga ataupun letih selama kamu berada di dalamnya . Akan tetapi janganlah engkau makan buah dari pohon ini yang akan menyebabkan kamu celaka dan termasuk orang-orang yang zalim . Ketahuilah bahawa Iblis itu adalah musuhmu dan musuh isterimu , ia akan berusaha memujuk kamu dan menyeret kamu keluar dari syurga sehingga hilanglah kebahagiaan yang kamu sedang nikmati ini ."

Rujukan : Al-Quran menceritakan kisah Adam dalam beberapa surah di antaranya surah Al-Baqarah ayat 30 sehingga ayat 38 dan surah Al-A'raaf ayat 11 sehingga 25 . 

Note: Admin mengCOPY cite nie dari blog nie ye http://www.boyz-ed.com/

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
paku_tembaga