Tahukah anda bahawa ada 9 formula atau langkah yang anda perlu lakukan
untuk anda meningkatkan peluang kejayaan perniagaan baru anda?
Pertama: Matlamat Perniagaan & Peribadi Yang Jelas
Kedua: Kenalpasti apakah masalah yang boleh diselesaikan dengan
menggunakan produk atau perkhidmatan berkualiti tinggi yang bakal anda
berikan?
Ketiga: "Bootstrap"- Mulakan perniagaan secara kecil-kecilan
dengan tanpa modal atau dengan modal yang paling minima terlebih dahulu
sehingga anda yakin untuk membesarkannya. Kesabaran adalah penting serta
sentiasa bersedia untuk menimba ilmu.
Keempat: Test, Trial & Adjust- Mencuba dan mengubahsuai produk atau perkhidmatan anda mengikut keperluan pelanggan dan pasaran
Kelima: Mengembangkan perniagaan menggunakan keuntungan daripada perniagaan anda bukan dengan pinjaman
Keenam: Pilih "tentera" ataupun pekerja anda dengan teliti dan betul
Ketujuh: Mendapatkan fasiliti kewangan berdasarkan aliran tunai perniagaan anda yang positif
Kelapan: Mulakan dengan berniaga secara sampingan- Jangan berhenti bekerja secara tergesa-gesa
Kesembilan: Kuasai pemasaran- Sentiasa bersedia untuk "kembali ke
sekolah" ke dewan-dewan seminar untuk belajar tentang strategi
pemasaran yang terkini.
Note: Walaupun kita mengikuti segala seminar dan program untuk berjaya dalam perniagaan pekara yg paling penting dalam perniagaan adalah Berusaha, Berdoa dan Bertawakal Kepada Allah S.W.T. Jika kita lupa pada ALLAH S.W.T admin berani jamin hidup kita akan tetap susah walaupun kita berjaya. Mungkin kita berjaya kumpul harta yang menggunung tetapi dari segi hati dan jiwa pengisiannya kosong dan berkarat..
No comments:
Post a Comment