Surah Al-Fatihah (سورة الفاتحة) - Pembukaan - surah yang diturunkan di Makkah dan diturunkan selepas Surah Al-Muddathir. Surah ini mempunyai 7 ayat dan inilah surah pertama yang diturunkan lengkap keseluruhan ayat bagi sebuah surah dan termasuk dalam golongan surah Makkiyyah.
Surah ini dinamakan Al-Fatihah (Pembukaan) kerana ia dijadikan sebagai pembuka dan permulaan Al-Quran.
Surah ini juga dinamakan Ummul Quran (ام القــرآن - Ibu Quran) atau Ummul Kitaab (ام الكتاب - Ibu Kitab) kerana ia merupakan ibu atau induk kepada semua isi Al-Quran dan menjadi inti sari dari kandungan Al-Quran itu sendiri.
Surah ini turut dinamakan As-Sab'ul Matsaani yang bermaksud tujuh yang berulang-ulang kerana ayat ini diulang-ulang bagi setiap solat.
Surah Alfatihah Dan Maknanya:
Terjemahan rumi | Arab | Sebutan |
---|---|---|
1. "Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani" |
بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـٰنِ ٱلرَّحِيم
|
Bismi Llâhi r-rahmâni r-rahîm |
2. "Pujian bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam" |
ٱلْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ ٱلْعَـٰلَمِين
|
Al-hamdu liLlâhi rabbi l-`âlamîn |
3. "Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani" |
ٱلرَّحْمَـٰنِ ٱلرَّحِيم
|
Ar-rahmâni r-rahîm |
4. "Yang Menguasai pemerintahan hari Pembalasan (hari Akhirat)" |
مَـٰلِكِ يَوْمِ ٱلدِّين
|
Mâliki yawmi d-dîn |
5. "Engkaulah sahaja (Ya Allah) Yang Kami sembah, dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan" |
إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ
|
Iyyâka na`budu wa'iyyâka nasta`în |
6. "Tunjukilah kami jalan yang lurus" |
ٱهْدِنَا ٱلصِّرَ ٰط ٱلْمُسْتَقِيمَ
|
Ihdina s-sirâta l-mustaqîm |
7. "Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang yang dimurkai ke atas mereka, dan bukan pula (jalan) orang-orang yang sesat" |
صِرَ ٰطَ ٱلَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ غَيْرِ ٱلْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ ٱلضَّاۤلِّينَ
|
Sirâta llazîna an`amta `alayhim ghayri l-maghdhûbi `alayhim wala dh-dhâllîn |
Nama nama lain bagi Surah Al-Fatihah
Selain dinamai Al-Fatihah (Pembuka), surat pertama Al-Quran ini dinamai juga Ummul Kitab (induk al-Kitab), Ummul Qur'an (induk Al-Qur'an), As-Sabu'ul Matsani (Tujuh yang Diulang), Ash-Shalah (Solat), al-Hamd (Pujian), Al-Wafiyah (yang Sempurna), al-Kanzu (simpanan yang Tebal), asy-Syafiyah (yang Menyembuhkan), Asy-Syifa (Obat), al-Kafiyah (yang Mencukupi), dan al-Asas (Pokok).
Note: Ingatan untuk admin dan sahabat sekalian. Kita sebagai Umat Islam setidak-tidaknya tahu dan hafal makna surah Al-Fatihah nie walaupun surah lain kita tak hafal sangat maknanya sebab surah Al-Fatihah nie akan membuat kita lebih tunduk dah kyusuk kepada Allah S.W.T jika kita tahu maknanya. Jangan kita jadi umat yang tahu sembahyang dan membaca surah Al-fatihah tetapi tidak tahu maknanya kerana pengisianya akan menjadi kosong dan tidak mendapat kemanisan dalam beribadat..
Sumber/Rujukan: Wikipedia
No comments:
Post a Comment